18 November 2016 - 04:32
Pemisahan Bentuk Baharu: Zakharova Kepada Jabatan Negara A.S.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, komen Jabatan Negara A.S terhadap wartawan Russia Today ketika sebuah sidang akhbar adalah mengejutkan dan menunjukkan kepada semua pihak bahawa Washington memisahkan media berasaskan ideologi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, komen Jabatan Negara A.S terhadap wartawan Russia Today ketika sebuah sidang akhbar adalah mengejutkan dan menunjukkan kepada semua pihak bahawa Washington memisahkan media berasaskan ideologi.

Di dalam sebuah sidang ahkbar Jabatan Negara A.S yang berlangsung pada hari Rabu lepas, jurucakap jabatan itu, John Kirby berkata bahawa dia tidak akan meletakkan Russia Today (di posisi) yang sama seperti pihak media lain yang menurut beliau mewakili entiti yang bebas. Beliau membuat komen itu setelah diminta oleh Gayane Chichakyan untuk memberikan bukti dan maklumat lanjut berkaitan dakwaan bahawa Rusia telah mengebom beberapa hospital di Syria.

Moscow kemudiannya bertindak balas terhadap Washington berikutan layanan yang diberikan terhadap wartawannya dengan memanggil tindakan tersebut sebagai 'melampau' dan 'memualkan'.

"Apakah ini sejenis pemisahan bentuk baharu? Memisahkan media menurut ideologi mereka," kata Zakharova semasa sidang akhbar di Moscow.

Dia juga memberi amaran kepada rakan sejawatnya di Washington bahawa jikalau mereka terus melayan RT dan media Rusia tanpa hormat, dia juga akan memastikan wartawan A.S yang bekerja di Rusia akan merasakan perkara yang sama. Menurutnya, Kementerian Luar Negara boleh mengaturkan 'tempat khas' untuk wartawan A.S semasa sidang akhbar.

Zakharova juga berkata bahawa tidak semua diplomat A.S menganggap perbuatan Kirby itu sebagai sesuatu yang 'normal'. Menurut jurucakap itu sebahagian daripada mereka secara peribadi telah memohon maaf dan menunjukkan kekesalan mereka terhadap insiden itu.